BREAD MAKER NOXXA
Noxxa Pembuat Roti / Oven Multifungsi
Tak payah
susah nak buat roti lagi.
Masukkan bahan dalam bread maker (BM)dan biarkan BM yang bekerja. BM akan uli doh. Biarkan adunan naik.Set time dan bakar roti. Dah siap Roti Bantal sambil anda buat kerja-kerja lain kat rumah.
Nak buat aneka roti lain pun boleh juga.
Keistimewaannya ialah BM ini juga merupakan Multi function Oven
LIMITED TIME OFFER!
= = = = =
1. Cash RM1,100.00(anda jimat RM70!) daripada harga pasaran RM1170.00
2. Kutu 3 bulan, RM390 x 3 bulan (anda jimat dapat harga asal)
3. Kutu 6 bulan, RM200 x 6 bulan
Noxxa Pressure Cooker Price market price RM1170.00
Our special price RM1170 RM1100 with free delivery to all states in Malaysia.
Add in RM95 for register Ahli AMWAY untuk yg berminat buat bisness
Hadiah dan resepi percuma menanti bagi mereka yg
berminat jadi ahli wassap saya untuk ordee 0139896300
, setiap ahli akn dimasukan dalam group wassap untuk
memudahkan ahli
bertanyakan cara guna n resepi2 terbaru untuk dikongsi
Oven 3 dalam 1:
pembuat roti
oven elektrik
oven pembakar roti.
Penerangan
- Nikmati roti, biskut, kek, pastri yang baru dibakar, ayam panggang, daging gril, sayur-sayuran, roti bakar yang enak dengan oven multifungsi ini.
- Oven 3 dalam 1: ia adalah pembuat roti, oven elektrik dan oven pembakar roti.
- Mesra pengguna dengan tetingkap paparan LCD yang besar.
Fungsi Mesin Roti:
- Pilihan fungsi dulang roti, doh atau mengadun.
- 12 Program (8 menu roti/1 kek/2 doh/1 mengadun).
- Penentu masa tunda (13 jam).
Fungsi Oven Elektrik & Pembakar Roti:
- Menu bakar, panggang, gril.
- Seting suhu: 40 - 260°C.
- Memanaskan dahulu sebelum membakar, bakar/panggang, gril, nyahfros, sentiasa panas, membakar 2 - 4 keping dengan pilihan warna kerak.
Mesin roti | 650W |
Oven elektrik | 1500W |
Motor penguli | 100W |
Kapasiti oven | 17.6L |
Kapasiti buku roti | 2.0lbs |
Bentuk buku roti | Mendatar |
Dimensi | 19""(L) x 10.7""(W)x 11.5""(H) |
Berat | 24lbs |
Waranti satu (1) tahun terhadap kerosakan pengilangan. Sila maklum bahawa peralatan ini hanya untuk KEGUNAAN DI RUMAH sahaja.
Arahan Penjagaan:
- Tanggalkan palam unit dan biarkan ia sejuk sebelum dibersihkan. Buang sebarang tepung, serbuk roti atau benda-benda lain daripada dalam ketuhar dengan menggunakan span atau kain lembap.
- Jangan masukan kuantiti ramuan ke dalam dulang roti lebih daripada yang disarankan. Roti itu mungkin tidak diadun atau dibakar dengan sempurna dan pembuat roti pula mungkin rosak.
- Lap bahagian luar mesin dengan kain lembap. Jangan gunakan pembersih kasar atau melelas ke atas mana-mana bahagian mesin itu.
- Letakkan di atas permukaan yang kering lagi stabil, jauh daripada penunu dan jauh daripada kawasan di mana minyak memasak atau air boleh terpercik ke atasnya.
218825 (BI/BM/BC) DVD Resipi Noxxa ada dijual.
Pertama kali sebelum guna.
1.pertama sekali nak guna kena bersihkan bahagian dalam breadmaker tu, kemudian basuh pan roti tu dengan air dan sabun.
2. setelah bilas dan lap kering, guna mode bake no 12 untuk bakar kosong selama 10 minit.
3. dia setting sejam tapi bila dah cukup 10 minit saya tutup la suis sebab dia dah berasap.. haha dalam hati piii.... dah rosak ka. bila on semula, ok aja pon.
4.Bila guna Semua bahan dah tersedia. dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim saya masukkan yis yang dah dibancuh. masukkan bahan basah dan diikuti bahan kering. dengan confidentnya masukkan ke dalam BM lepas tu on. dia bunyi teet teet dan display XXX. oh my.. apa pulak ni,. dah panik. check manual. alamak, lupa masukkan mata uli tu. huu.. terpaksa tuang semula aduan dan masukkan blade uli tu. still bunyi dan display xxx tu. google tak ada jawapan. last last, dah bengang sebab 10 minit dok bunyi jugak, kita ketuk dia dengan 'kasih sayang'. bila on semula terus dah ok. haha..
Resepi bun/roti manis guna breadmaker.
Bahan-bahan
1 biji telur campurkan dngn air sejuk,jadikan jumlahnya 265ml/gm
500gm tepung roti (400gm tepung roti + 100gm tpng gandum pun boleh)
40gm susu tepung (guna susu Dutch Baby Naufal- haha.. sebab lupa beli)
100gm gula kastor
11gm yis atau sepeket yis (saya guna jenama Mauripan)
80gm marjerin@butter (pernah terbaca nak sedap guna Majerin Pelangi)
1 sudu kecil bread softener 1 sudu kecil bread improver (tak guna pon)
Cara-cara (Kaedah Breadmaker) Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering. (saya bancuh yis dengan 1sk gula dan sedikit garam dan air suam. kalau berbuih yis hidup dan boleh meroti) Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. (Dia uli dalam 50 minit kot, lepas tu dia stop, biar doh kembang). Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1 1/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin. Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 50gm (sebiji saja saya timbang, yang len agak-agak) setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi. Gliss roti dngn susu tepung yg di bancuh dngn sedikit air di permukaannya. (saya glis dengan telur + susu tepung yang dibancuh. guna saja telur dari resepi tadi sebab nak guna sikit saja) Jika suka taburkan gula kasar dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.(sebelum bakar, saya panaskan dulu oven dalam 10 minit. oven saya 30 minit tu cun dah masak kalau kali pertama bakar, loyang kedua lebih singkat sebab oven dah panas) Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai. (ya, baru nampak berkilat n rasa berkrim) tengok Ina Garten dalam Food Network, dia kata doh yang bagus kena licin, doh saya ni x licin pon tapi abaikan.. hehe dah siap roti. sedap dan gebus. makan esoknya pon masih lembut. tapi kena simpan dalam bekas kedap udara,.
Cara-cara (Kaedah Breadmaker) Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering. (saya bancuh yis dengan 1sk gula dan sedikit garam dan air suam. kalau berbuih yis hidup dan boleh meroti) Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. (Dia uli dalam 50 minit kot, lepas tu dia stop, biar doh kembang). Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1 1/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin. Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 50gm (sebiji saja saya timbang, yang len agak-agak) setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi. Gliss roti dngn susu tepung yg di bancuh dngn sedikit air di permukaannya. (saya glis dengan telur + susu tepung yang dibancuh. guna saja telur dari resepi tadi sebab nak guna sikit saja) Jika suka taburkan gula kasar dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.(sebelum bakar, saya panaskan dulu oven dalam 10 minit. oven saya 30 minit tu cun dah masak kalau kali pertama bakar, loyang kedua lebih singkat sebab oven dah panas) Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai. (ya, baru nampak berkilat n rasa berkrim) tengok Ina Garten dalam Food Network, dia kata doh yang bagus kena licin, doh saya ni x licin pon tapi abaikan.. hehe dah siap roti. sedap dan gebus. makan esoknya pon masih lembut. tapi kena simpan dalam bekas kedap udara,.
creadit utk blog bintangzue.blogspot.my
BAHAN2NYA:
1½ cawan air
2 camca besar minyak (kjee guna minyak canola. minyak apa2 pun boleh)
2 camca besar gula
2 camca teh garam
2 camca besar susu kering
4 cawan tepung roti
1½ camca teh yis (2½ camca teh kalau guna program segera)
CARA:
Sukat semua bahan. Kemudian masukkan dulu air dan minyak. Kemudian masukkan semua bahan kering kecuali yis. Yis hanya dimasukkan di bahagian atas tepung. Jangan kenakan air atau minyak.
pilih program 4 untuk masak segera.
Selepas itu tunggu sahajalah hingga tamat program itu, dua jam kemudian, anda akan dapat menikmati roti panas!
Selain itu, Kjee intai blog CMG sebab kesian korang yang tak pasti samada resipi ni boleh buat uli tangan. Cuba klik sini untuk respi Roti Benggali CMG.
ROTI BANTAL/BENGGALI/PAUN
1½ cawan air
2 camca besar minyak (kjee guna minyak canola. minyak apa2 pun boleh)
2 camca besar gula
2 camca teh garam
2 camca besar susu kering
4 cawan tepung roti
1½ camca teh yis (2½ camca teh kalau guna program segera)
CARA:
Sukat semua bahan. Kemudian masukkan dulu air dan minyak. Kemudian masukkan semua bahan kering kecuali yis. Yis hanya dimasukkan di bahagian atas tepung. Jangan kenakan air atau minyak.
pilih program 4 untuk masak segera.
Selepas itu tunggu sahajalah hingga tamat program itu, dua jam kemudian, anda akan dapat menikmati roti panas!
Selain itu, Kjee intai blog CMG sebab kesian korang yang tak pasti samada resipi ni boleh buat uli tangan. Cuba klik sini untuk respi Roti Benggali CMG.
375 gm tepung 'high protein @ superfine'.
125 gm tepung gandum.
150 gm gula halus (boleh kurangkan, saya guna 100-110 gm gula sahaja).
1 sudu besar susu tepung.
125 gm tang zhong** (sila lihat resepi di bawah).
25 gm shortening.
25 gm marjerin.
[Bahan bancuhan Yis]
11 gm yis (saya guna 12gm sebab dah beli peket 12gm).
1bj telur.
1/2 sudu teh garam.
1 sudu gula.
Air secukupnya (sila rujuk bhgn cara bancuhan yis).
[Bahan bancuhan 'egg wash'*]
1-2 sudu besar susu pekar @ susu cair.
1 biji kuning telur.
*bancuhan ini untuk disapu atas bun sebelum dibakar, boleh tambah susu jika bancuhan nampak pekat.
Tepung gandum 'extra' untuk.menguli doh (perlu juga walaupun menggunakan bread maker)
Marjerin untuk disapu pada roti ketika masih panas.
Langkah 1: penyediaan tang zhong (water roux)*gantikan pelembut roti.
50gm tepung gandum.
250gm air.
(Sukatan ini akan menghasilkan 250gm tang zhong dan boleh digunakan untuk doh 1 kg tepung)
- Kacau sebati kedua-duanya dalam periuk. Pastikan tiada tepung yang berketul-ketul.
- Masak atas api perlahan sehingga adunan menjadi pekat seperti gam. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk (seeloknya semalaman) sebelum digunakan untuk mendapatkan hasil optimum (roti menjadi lembut dan gebu walaupun selepas 2 hari dibuat).
- Setiap 1/2 kg tepung hanya perlu gunakan 125gm tang zhong sahaja, lebihan tang zhong boleh disimpan dalam peti sejuk untuk dibuat doh seterusnya.
- tang zhong akan rosak selepas beberapa hari disimpan atah selepas warna bertukar kekuningan.
-adunan tang zhong ini boleh dikurangkan atau digandakan, asalkan mengikut nisbah 1:5 (dalam gram).
Langkah 2: bancuhan yis.
1. Sukat air 100ml, ketepikan (air untuk mencuci bekas bancuhan yis).
2. Pecahkan telur ke dalam bekas penyukat, tambahkan garam dan gula.
3. Tambahkan air sehingga sukatan menjadi 125ml, kacau rata sehingga gula agak larut.
4. Tambahkan yis, kacau rata dan biarkan yis mengembang sekejab.
(Pastikan bahan-bahan kering dalam Langkah 3 sudah tersedia sebelum menambah yis ke dalam bekas sukatan, jika tidak yis akan cepat mengembang dan melimpah).
Langkah 3: Doh Roti.
A. Uli dengan tangan.
1. Masukkan bahan-bahan kering (tepung, gula halus dan susu tepung)ke dalam mangkuk adunan, gaul rata bahan tersebut.
2. Buatkan satu lubang di tengah mangkuk.
3. Tuangkan bancuhan yis (dari Langkah 2) dan tang zhong (dari Langkah 1) ke tengah mangkuk dan gaul perlahan-lahan dari tengah dengan mengambil sedikit-demi sedikit tepung ke tengah mangkuk. Jangan lupa masukkan sekali air yang diguna untuk mencuci bekas bancuhan yis tadi.
4. Uli sehingga semua tepung menjadi dan tidak melekit di dinding mangkuk dan jari. Sekiranya doh masih lembut, tambahkan tepung gandum 'extra' sedikit demi sedikit.
5. Akhirnya, masukkan marjerin dan shortening ke dalam doh, uli ladi sehingga doh lembut, licin dan elastik. (10-15 minit).
B. Uli dengan mixer.
1. Masukkan semua bahan kering dalam mangkuk adunan, gaul dengan speed perlahan.
2. Tambahkan bancuhan yis, air untuk "mencuci" bekas dan tang zhong, putar perlahan hingga sebati.
3. Tambahkan kelajuan mixer ke medium setelah adunan yis dan tepung bergaul dengan agak sebati. Sekiranya doh masih lembut, tambah lebihan tepung gandum tadi.
4. Apabila doh dah terbentuk dan ridak melekat di dinding mangkuk, tambah marjerin dan shortening, putar lagi sehingga adunan sebati dan elastik.
*tips cek dok elastik: tarik tepung tidak putus.
C. Uli dengan bread maker(saya gunakan noxxa BM)
1. Masukkan bahan cair (bancuhan yis).
2. Masukkan campuran tepung.
3. Akhir sekali masukkan shortening, marjerin dan tang zhong.
*hentak bekas 3 kali sebelum masukkan dalam BM dan BM menjalankan tugasnya.
Langkah 4: Memerap doh dan membuat bun (jika uli secara manual).
1. Sediakan satu mangkuk besar dan minyakkan mangkuk tersebut di seluruh permukaannya.
2. Masukkan doh ke dalam mangkuk tersebut, letakkan juga sedikit minyak di permukaan doh.
3. Tutup dengan tuala lembab/cling film dan biarkan doh mengembang 2 kali ganda(perapan pertama).
*Anggaran masa: 1-1 1/2 jam.
*tips perap doh di rumah: boleh masukkan dalam oven.
*tips cek cukup kembang ke belum: cucuk dengan jari, doh akan naik semula/tidak berlubang.
4. Bila doh sudah kembang, tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin.
5. Timbang doh mengikut berat yang dikehendaki (40/50/60 gm).
6. Bulatkan doh-doh kecil tersebut dan rehatkan selama 10 minit (perapan kedua) sebelum dibentuk menjadi bun.
7. Setelah siap bentukkan bun, biarkan doh mengembang sekali ganda (perapan ketiga) barulah boleh dibakar dalam oven.
8. Pastikan loyang disapu dengan marjerin dan sapukan bun dengan 'egg wash' sebelum dimasukkan ke dalam oven.
9. Sebelum itu, panaskan oven dengan api atas bawah pada suhu 170°c. Masukkan bun dan tukar api bawah sahaja, setkan masa 10-12 min. Kemudian tukar ke api atas sahaja dengan suhu 180°c selama 5-8 min.
*suhu dan masa adalah bergantung kepada jenis oven - KENALI OVEN ANDA.
10. Setelah bun masak, keluarkan dari oven dan cepat-cepat sapukan marjerin di atasnya ketika masih panas supaya bun menjadi cantik, berkilat dan lembut.
11. Biarkan bun sejuk sebelum dimasukkan dalam plastik atau bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA!